mama is my name..motherhood is my game..blog ini di wujudkan hanya sekadar mengabadikan kenangan pengalaman pertama menjadi mama kepada my lil princess NurFarah Nisriena..
Weee..pagi ni lepas sahur shuben kata ada brp lagi granola? Aku kata tinggal 2 je lg stok .."ok bg la dua saya nak bawa kat office." Dlm hati yess..x sangka senyap2 dia promote juga ye kt geng2 dia....hik..hik.. Aku start jual granola secara online..membe belajar poli dulu yg suggest..lagi pon dia da pangkat stokis uu..kagum..gigih berniaga..kalo dia tersinggah baca..hi sue..hehe..semoga sukses dan sentiasa baik + jujur berniaga..aku setuju joint dia sbb dia mmg seorang yg baik,jujur,ikhlas dan walau kitorg lama x jumpa aku yakin untuk jadi agen dia..dia seorg yg boleh aku percaya..ecece.. Stok granola selebihnya aku bagi adik tolong jualkan tu pun da tinggal 7 paket je..Produk malaysia..yang penting halal toyyibban..sama2 sokong produk muslim.. Harga sepaket rm15. tapi selepas korang da tahu keenakan dan khasiat dia..korang boleh borong sekotak terus.. dlm 1 kotak ada 20 paket,harga sekotak rm270, korang dapat jimat rm1.50 untuk satu paket. bagus tau granola ni sbb kalo korang jenis yang berkerja dan perlukan sarapan pantas setiap pagi ni korang boleh tambah susu je..mcm mkn ala2 coco crunch atau cornflake tu.. Granola juga sesuai kalo korang bagi untuk anak-anak sarapan. Granola juga boleh di buat jajan untuk kunyah2 time lapar atau time dop layan movie tu..ha sesuai sangat..yang penting berkhasiat.. Bagi yang suka beli stok makanan banyak2 tu elok sangat beli borong granola ni..jimatt.. Korang yg berminat boleh contact aku/wasap ke 0132948248..untuk cod aku boleh hantar area wakaf tapai, ajil, bukit payong, dan bandar kt pon aku bleh je hntr..mininum 2 paket ke atas..insya allah aku nak restok lg..aminn
GRANOLA .Glisemik rendah. Sebab, makanan yg index glisemik rendah ni akan memperlahankan penukaran glukos dalam darah. Insulin dirembes lebih terkawal.
Memang terbukti tau. Diebetes terkawal kalau amal makanan yg glisemik rendah macam GRANOLA ni.
Granolaadalah bijirin rendah kalori yg
mengandungi bahan-bahan terpilih yang sedap dan lazat (oat,biji labu,kelapa
kering,badam,kismis dan buah mangga kering).
Granolajuga:
Tinggi serat (kenyang lebih lama)
Kaya protein
Rendah karbohidrat
0% Kolestrol (kolestrol hanya
datang dari haiwan)
0% trans fat
Kadar gula yang rendah (Hanya
menggunakan Brown Sugar & Sirap Nipah)
pos juga boleh keseluruh malaysia..apa-apa boleh pm terus aku di 0132948248 cod area wakaf tapai, ajil, bukit payong, kuala berang dan bandar K.terengganu
Assalamualaikum....(pos hari ni sbb beberapa tahun dulu peram je)
Kembali semula ke arena menulis ni..da berabad lamanya aku tak menulis..well almaklumlah..bermacam-macam benda yg dah berlaku dan kesempatan untuk mengadap blog rasanya begitu suntuk..tapi kali ini rasa teringat kembali blog yg da lama aku tinggalkan..hari ni..my en.suami ada kursus di kb..dengan keadaan farah yg sudah pandai untuk bermain sendiri jadi aku mempunyai masa untuk ini..sesaja mengisi keboringan ini..astro tak menjadi..pasal hape pon tak tahu..sekarang aku da kembali kepada saat diamana sebelum menjadi mama..dan lebih tepat lg rahim ini kembali berisi..zuriat yg kedua untuk En. Mohd Faizul bin Omar..Alhamdulillah...rezeki yg allah limpahkan..tanpa di duga ia datang..dan Farah da bergelar "Kakak" secara automatiknya.. tapi kali ini segalanya menjadi pengalaman kedua buatku..ada sedikit kematangan untuk aku menghadapi saat2 kehamilan pada kali ini..hihi..ini dia wanita itu..
haha..tajuk da semacam..akhirnya aku jumpa juga macam mana nak sign in blog aku yg da berhabuk ni..lama juga aku off sbb tak tahula..hidup kelam kabut sikit, pasal keluarga, kerjaya, anak2..semua tu mcm fasa baru yg blur sikit untuk aku fahami..erti kata yg lebih senang STRESS kot.. x de masanya nak melayan blog2 ni..tapi hari ini da tenang kut.. da mula datang idea2 untuk menulis..menulis tu is a life ..hihi..ni bulan ramadhan pada tahun 2017..bnyak juga nak tulis2..tapi sikit2 dulula..kira mcm buat karangan rumusan gitu..kalau diikutkan journey blog ni sbb excited doww dapat baby first..tahun ni farah da darjah satu..ala gambar2 first day sekolah dlm hp lama..kalo boleh cari balik nak upload kat sini.. farah da jadi kak long dah
farah salam raya dengan aki
..ada dua lagi adik kat bawah dia..selang bunga ..bawah farah, faqeeh ( boy), next fazya (girl) next-- eh..eh blum lagi..nak membesarkan yg tiga ni pon da kelam kabut..mcm mana agaknya mak-mak yang anak2 berderet..salute aku kat diorang..TABAH..da tahu paham2 sendiri la..dulu kekonong suka travel..suka shoppng..suka gi situ gi sini..ha amik ko sekarang..senyap tupah dlm rumah..dulu aku pkir juga apa menda la org2 yg dop memerap kat rumah tu buat ekk..ha sekarang baru tahu..rumah keck jgn dikata xde keje nak buat..bermacam-macam keje sampai tak menyempat nak buat....😏😏best pulak menaip..mcm free sgt2...
kadang-kadang sampai tak sempat nak siap..sudahnye membuta untuk hilangkan kepenatan..hehe..itu je kerja yg konsisten sikit..hari2 mau buat..tapi aku tak boleh terleka sbb aku ada big boss yg selalu buat sport check..sampai harta karun dalam peti ais dia akan cek satu2..ni bulan bila masuk peti ais dia ingat..da expired tu maintain tersusun cantik dalam peti ais comfirm akan ada perintah amaran..hihi..
sepanjang jadi ibu macam-macam feeling dapat rasa..siap boleh buat experimen lagi kalo berterusan feeling macam ni jadi macam mana..contoh la kan..kalo korang da bergelar ibu pasti akan ada satu tahap tu korang bakal bertukar jadi makhluk asing..apa yg korang buat..dapat pikir tak masa tu cara nak release semua ni biar bertukar dengan cara yg lebih sopan santun..kalo aku..waktu2 masih tadika dulu aku menggunakan kuasa suara..aku besarkan volume mcm nak suruh satu negeri dengar..tapi..tak tahula sampai ke tak sbb suara aku bukanla jenis yg berkuasa besar..rasa macam bergegar segala perasaan dlm hati tu bila sekali meletup...sudahnye menyesal..ehh..sesal ke..hhih..sesal sbb x mendatangkan faedah..sekarang..aku lebihkan mute (bila mood aku mcm terlebih baik sikit)..agak2 mcm org bisu..biarkan diorang berexperimen dengan dunia diorang..biar diorang rasa nak memberontak ke..nak mengamuk ke sepuas-puasnye..kata budak2..perangai pon budak2..jgn di bawa sampai ke tua perangai budak-budak tu..sbb ada ayat tu yg buat aku terfikir juga..'' DA TUA-TUA PON PERANGAI MCM BUDAK-BUDAK LAGI" maksudnye mesti masa kecik-kecik dulu tak habis khatam perangai masa-masa budak2..jadi aku rasa biarla diorang nak manja semacam..nak merengek semacam..nak mengamuk semacam..hah mama bagi rasa sepuasnye..nanti korang besar perangai x besar2 juga x tahula... tapi bila da habis da proses eksperimen dia tu dan da sedar kembali.. kena bagi ceramah juga untuk masukkan input kesedaran..jgn di biarkan..
faqeeh masa ni susah betul nak suruh bergambar
faqeeh muka x puas hati
si bongsu..masa ni x leh berenggang langsung
ok nak masak2..hari ni papa berbuka kat ofis..menu berbuka hari ini mee sup..ok bai..
copy paste dari http://mobilezytech.blogspot.com/2009/06/celcom-gprs-mms-setting.html akhirnya hp ku da dpt mms
Step 1 : Select "Entertainment" Step 2 : Select "Service" Step 3 : Select "Data Account" Step 4 : Select "GPRS" then select any of the "Account" Step 5 : Select "Edit" Step 6 : Enter following data : 1. Account Name : celcom3G 2. APN : celcom3g 3. User name : 4. Password : 5. Auth. Type : Normal Step 7 : After the setting completed, select "Back" 2x
Step 1 : Select "Entertainment" Step 2 : Select "Service" Step 3 : Select "WAP" then select "Setting" Step 4 : Select "Edit Profile" Step 5 : Select any of the profile Step 6 : Select "Edit Profile" Step 7 : GPRS Setting : 1. Rename Profile : Celcom 3G 2. Homepage Setting : http://3g.celcom.net.my 3. Data Account : celcom3g 4. Select "Connection Type" then select "HTTP" then select "OK" - Proxy Address : 010.128.001.242 - Proxy Port : 8080 5. User name : 6. Password : Step 8 : Save the profile
Celcom MMS Setting
Step 1 : Select "PIM" Step 2 : Select "Messages" Step 3 : Select "MMS" Step 4 : Select "Message Settings" Step 5 : Select "Server Profile" Step 6 : Select ,press "OK" then select "Edit Profile" Step 7 : MMS Setting : 1. Rename Profile : Celcom 3G 2. Homepage : http://mms.celcom.net.my 3. Data Account : Celcom3G 4. Connection Type : select "HTTP" then select "OK" - Proxy Address : 010.128.001.242 - Proxy Port : 8080 5. User name : 6. Password : Step 8 : Save the profile
Aku x leh lupa memori yg satu ni..woowee..lama dah dop peram,baru semangat nak menulis..ni pun kerana kerja ada tapi di tiadakan..?? Suatu pagi seperti selalunya Farah akan ku 'lock'kan dulu kat baby seat sebelum beg ofis,laptop, beg farah dan segala macam lagi kelengkapan yg lain aku masukkan ke dalam MyVi.Ada lagi satu kerja iaitu kunci pintu rumah..kalo farah mood baik,dia x kesah je lama mana pun tunggu aku kat kereta.Tapi..sebab tapi ini la yg mengkelam-kabutkan keadaan..jika dia mood mcm baby x cukup susu je kenalah aku coolkan dia..nak dijadikan cerita aku beri farah kunci Myvi untuk dia main2 sambil tunggu aku siap kunci rumah..belum pun sempat nak kunci rumah, Farah da awal2 lagi tekan butang emergency alarm..'bertempikan' lah myvi hitam yg sangat berjasa itu..bila aku pusing untuk stop bunyi riuh-rendah yg amat tu aku tgok..dan tgok lg.masya Allah..pintu myvi tu..tertutup?? mcm mana aku nak ambil kunci myvi tu..mcm mana farah..mcm mana nii..???tidakk..pintu da terkunci..dengan kegelabahan yg cuba dikawal aku merayu farah supaya menekan butang hijau pada kunci di tangan dia..Farah dalam dunianya yg tak mengerti apa2..buang tebiat ke mama..time mcm ni still nak main2..Farah tergelak2..aduss..Last2 Farah tekan butang merah dan mendiamkan myvi..reda seketika kepanikan aku..tapi tup..tup terus kunci tu dicampak ke bawah..hancur luluh harapanku.. sekarang aku kena buka juga pintu kereta ni..Farah masih releks..terlintas kat dalam kepala otak sekarang 999,hanya pihak bomba yg mampu menyelesaikan masalah ni...so dengan sepantas kilat 999 aku dial..seb baik telepon rumah ada..hp da joint Farah sekaki kat dlm myvi tu..sementara tunggu bomba datang aku kene bertindak lg..aku perlu dptkan bantuan jiran2..hanya jiran sebelah menyebelah je aku terjengok2 n minta bantuan..tp sederet ngn rumah aku semua keluar bekerja..nak pergi jauh sket x sanggup lak nak tinggalkan Farah..Farah da dapat mengesan ada benda yg tak kena bila tgok aku kesana-kemari..apalagi meraungla si Farah dlm kereta sesorang..aku cuba untuk dapatkan bantuan lg, mujurlah seorang pakcik melintas depan aku dengan motor..aku kenal pakcik tu..rumah pakcik tu sederet dengan rumah pengasuh farah(intro untuk pakcik)..aku melambai-lambai tangan da rupa orang kelemasan dalam kolam je kat pakcik tu..pakcik tolong..anak saya terkunci dlm kereta..pakcik tu aku bleh recognize sebiji cam 'Ustaz azhar'-kat trg dialah idola rujuk gambar ini.. Pakcik tu dengan pantas memberhentikan motor dan teruja untuk hulurkan bantuan, tang janggut tu agaknya..aku tgok Farah melalak sakan bila ternampak je kelibat pakcik..aku jadi naik risau tgok Frah dlm ketakutan dan meronta-ronta kat baby seat..tp pakcik adalah penyelamatku..dipendekkan cerita dia telah berjaya membuka pintu..farah terus aku peluk..aku dapat rasa dada farah yg tercungap dek takot..terima kasih pakcik.. seterusnya 999.. Selepai selesai, baru aku teringat 999 yg sudah terdial,masih blum sampai2 lg..aku dial semula 999 untuk cancelkan aje bantuan...manalah tahu kung x pasal2 mama Farah glamer masuk paper kene tangkap buat aduan palsu..selesai cancel bantuan aku n Farah dah bersedia untuk masuk kereta semula..pengasuh Farah mungkin risau x sampai2 lg..aku pon da t'lewat nak ke ofis..akhirnya..tibalah trak bomba yang selebar rumah sewa kami parking betol2 depan rumah..dengan pegawai bomba yg masing2 bermuka excited menghulurkan bantuan..keluar sorang-sorang dari trak..mujur penggera kecemasan x dipasang..kalo x satu taman keluar agaknya..tp ada gak mat2 rempit yg nk menyebok dtg pas tgok trak bomba parking depan rumah aku..jadi tumpuan sekejap aku n Farah..dengan muka x bersalah aku ceritakan siapa penyelamat keadaan..pihak bomba interview gak aku untuk record kes yg berlaku..sbb keadaan da reda sempat lagi snap gambar abg2 bomba..tp tq sbb dtg.. lepas memori terindah ni..tgok je kunci kereta terus kata tidak..tidak..x der pasal cari pasal..
Alhamdulillah (pembuka bicara)..syukur ke-hadrat Ilahi kerana memberi ruang untuk aku mempunyai masa untuk ini (menulis daa)..alhamdulillah juga kerana aku mendapat seorang hubby yg tgah dop ketung..ketang..tok..tok..(sound effect dari dapur) --->> masak untuk dinner mlm ni..yahooo...sehinggakan aku mempunyai masa untuk membuat karangan dan memerah otak untuk segmen suka-suka ni..bukan mendera okey..tp tugas aku melayan farah sehingga anakanda yg dikasihi lena di peraduan sudah selesai..ok itu dia..menu untuk mkn mlm udah sampai...ngeh..ngeh...tq my dear.. ermm.. alhamdulillah syukur dapat menikmati rezeki-Mu..sedapp (siapa lg yg bleh memuji suaminya melainkan seorang isteri)..tp pedas sikit..begitu banyak rezeki dan kenikmatan yang Kau anugerahkan rupanya Ya Allah..cuma kadangkala manusia lupa untuk menilai..tatkala masih diberi kesempatan untuk merasa kelazatan nikmat ini, sama-samalah kita untuk memanjat kesyukuran ke hadrat-Nya..subhanallah.. kembali kepada topik asal..alhamdulillah..aku menjemput farah sedikit awal rini..coz x rugi rasanya bergegas untuk mendapatkan anakku..sesampainya aku..farah tido..sama seperti tgh hari td..farah tido juga..seolah2 sepanjang hari tido rasanya..padahal sekembali aku ke ofis time lunch hour td entah apa yg farah main agaknya sampai naik lotihh hingga tertido semula ptg ni..(memang serupa karangan aku karutkan)...nak bercerita dan jadilah cerita aku tunggu farah sampai dia bangun..kejap je dlm dua tiga minit menunggu..farah pon bangun..joomm..time 4 for go home..sampai di rumah opkos papa akan menjemput farah dari babyseatnya..then masuk rumah..then melepak di kerusi merah sekejap...
(preview our kerusi merah) :-)
farah nampak mcm ok je..air muka da semakin sihat je nmpak..biarkan farah 'mengesot' dulu..--> ini kebolehan farah skung..ada sesetengah baby kebolehan mereka ialah merangkah<-- aku tinggalkan farah bersama papa..mau pigi mandi dulu n mengadap ilahi sekejap...selesai..ok..kembali semula kepada farah..disebabkan farah da semakin pulih nampaknya dari selsema..aku cuba suapkan farah dengan bubur kurma yg masih berbaki dalam periuk..sesaja aku tinggalkn sikit untuk farah mkn ptg ni..dan nmpknya memang aku lakukan perkara yg betul :-)...cubaan pertama untuk menyuap..aummm..ok nmpaknya masuk mulut..ok seterusnya...aummm lagi...dan lagii...dan lagiii...dan akhirnya kesuapan yg kesepuluh...yess...baguss my lil princess..anda telah makan..and
I wasveryexcited aboutthis...verynice!..alhamdulillah...plan untuk ke klinik nmpaknya cancel..terima kasi ya Allah kerana kukira farah dan semakin sembuh..insyaallah semoga esok farah kembali berselera untuk mkn..alhamdulillah..lafaz yg sangat bermakna ..aminn..
Posting sebelum ni pasal ubat kene sengat nyamuk..nampaknya berhasil..farah da bebas dari simptom kesan gigitan nyamuk..cuma tinggal..tona hitam..da ilang kemulusan betis si kecik ni..tp akan kembali pulih soon..harap2 mcm tula..aikk...nape ada suara sayup2 yg melontarkn vokal skrip di atas...ehem..terbantut idea sekejap untuk jadi penulis yg x berapa nak menjadi ni..tapi haha..gelakkan dia sbb komputer dia da hang skung..(hanya yg berkenaan sahaja yg memahami) kembali kepada mood sedih~~~~ aku baru pas jenguk farah..sian btol tgokkan keadaan dia..x bermaya..ni kes mkn x lalu..tido berapa nk lena..sayu...terasa sifat keibuan yg menggunung..sayangggg farah..kesian tgok farah yg x aktif dr biasa..sedih plus kene tinggal kat pengasuh..rasa nk cuti lg jaga farah w'pon ada juga time angin kus2 masuk kepala bila farah serba tak kena...tp lg selesa bila anak ada bersama..selalu time demam selsema selera farah tak demam sama..batuk2 pon..asal suap mkanan..on je bila time mkn..kalo nk nangis pon lepas telan mknn tu baru smbung nangis..bleh pause n play..risau pon x muncul dlm hati mama ni..tp kali ni lain sikit..asal tgok sudu da badmood..kalo usaha juga suapkn mknn..nangis x hengatt..pastu kalo mood ok sikit bleh dop main-main sendiri ...tp air liur keluar meleleh..mcm guna kaedah kedua untuk bernafas iaitu melalui mulut..sampai terlupa untuk tutup mulut...td time umah ma (panggilan untuk pengasuh) 'Ma cuba suapkan juga makanan sikit..farah x telan2..kemam je pastu nangis spt x selesa..sakit kerongkong agaknya..main agak2 ni yg susahnya...aku kene usahakan juga bawa farah jumpa doctor..big boss in da house da setuju untuk bawa farah jumpa doc..mlm ni kami akn g klinik..bertanya pada yg pakar...harap farah x apa2..amin--->>harapan yg menjadi kebiasaan untuk semua kaum ibu sedunia terhadap anak2 mereka...