Hari ini aku berada dirumah mertuaku, hampir dua minggu aku menanti kelahiran bayi sulungku,tetapi tanda-tanda untuk bersalin belum kelihatan lagi.sembab dikaki belum surut2 lagi. Orang cakap kalo sembab dikaki surut x lama lagi akan bersalinlah. Tetapi keadaanku masih maintain, x der pon rasa sakit2 pinggang, cairan atau air ketuban keluar jauh sekali..aku mengambil cuti awal seminggu dari jangkaan aku bersalin untuk mengelak kemungkinan bersalin awal, lagi satu husband aku mahu aku bersalin di jerteh sahaja kerana ini kelahiran sulung,tambahan lagi parents aku n mertuaku sekampung..ape2 ader org tua yg dapat dirujuk..apa yg dirancang x seperti yang dijangkakan,aku belum bersalin lagi…da 2 hari terlepas due, pada 20 hb april dimana hari ni merupakan due aku bersalin aku pergi ke klinik untuk checkup ibu mengandung seminggu sekali seperti biasa..yang bezanya minggu ni aku aku ke klinik desa felda tenang, da kali kedua pon termasuk kali ini buat checkup kat felda tenang..hasil checkup buat aku sedikit frust, kepala baby not engage yet..erti kata belum masuk ‘sarang’ untuk bersalin lagi..aduhh..macam mana ni..aku tawakkal pada allah sahaja..disebabkan hal ini aku kene refer ke klinik kesihatan pasir akar untuk berjumpa doctor pada 21 april 2010.
Tanggal 21 april 2010 tiba,tetapi hari ini adalah hari yang cukup mengejutkan semua, saat-saat aku menunggu kelahiran bayi sulungku kami mendapat berita bahawa nenek yang ku gelar sebagai mak jeli telah pulang ke rahmatullah atas sebab kemalangan jalan raya.Nenek ku telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah motorsikal lewat pagi rabu itu..innalillah hiwainnailaihirajiun..kepergian nya suatu berita yang mengejutkan..aku cukup tak sangka mak jeli mengikut jejak arwah atukku dengan keadaan dia masih sihat lagi..belum sempat dia menatap cicit dia yang bakal lahir ini..sebelum bertolak menziarah jenazah aku perlu settlekan temujanji ku dengan doctor..hasilnya sama sahaja my baby’s head still not engage..nurse da ckap kat aku yg keadaan ini kemungkinan tulang punggungku kecil atau baby blom cukop matang..atau risiko mengandung berpanjangan..kalo terlebih 10 hari kemungkinan aku kene operate..wat aku risau je..tetapi doctor Cuma bagitau yang baby da turun Cuma belum ready utk bersalin..x der pon story kat aku paper mcm nurse2 nii citer..lebih2 lak..atau pon doctor pon tak berapa nak bertauliah..aku jumpa doctor kejap je..tu pon sbb aku mintak masuk dulu sbb husband aku da tunggu untuk balik jeli..dia pon x beri penerangan yg banyak kat aku..mcm malas wat keje je..aku diberi
Hari ni 22 april 2010, aku terpaksa dop umah mertuaku sbb parents aku masih stay kat jeli..maklumlah arwah baru meninggal jadi banyak lagi urusan yg perlu dibuat..aku mati kutu lak nak wat pe rini..huuuh..husband kuar g jerteh ader urusan sikit, hajatnya aku nak ikut gak..tetapi ngn sarat2 begini husband suh stay je kat umah..tu yg aku terajin nak menaip mende alah ni…ader gak aktiviti aku..sejak aku mengandung berat badan dan bentuk badan aku mcm kene pam..tetapi perut aku x membesar sgt..ader yg ingatkan aku blom cukop bulan lg..mcm2..pengalaman pertama mengandung katakan..ader je komen orang yg buat aku rasa x sama mcm org lain..bila nak bersalin ni..rasa pelik lak..tertunggu2 untuk bersalin, bukan rasa nervous..my mum hari2 tanya mcm mana keadaan aku..yg aku mampu jawap..x der paper rasa pon..mungkin aku bercuti untuk bersalin membuatkan aku excited tungggu saat bila nak bersalin..keadaan ini buatkan aku stress..member ofis pon da tertanya2 aku da selamat belum..tetapi aku pon x tahu bila masanya..hanya Allah sahaja maha berkuasa..betapa agungnya kekuasaanNya..mungkin ader hikmah dan ketentuanNya bila aku akan bersalin..aku kene releks dan terima keadaan ini..